Friday, October 10, 2008

demam oh demam

sakit kepala...selsema...batuk2...lemah btul la.dah gi klinik selasa lepas.dapat ubat berjenis2 ngan mc satu ari je.tapi samalam sekarang tak elok lagi...semalam cam dah nak elok.mlm td teruk balik.apsal tah.pagi td present projek system buat lebih kurang je.seb baik komen agak positif gak.abis je present masuk jam berikutnye ade test pulak.balun jela kasi cukup kat ruang jawapan tu.betul salah biar yg periksa tu kire.balik terus gi bank settlekan hal bank.smpai umah terus masuk bilik tidor sampai tak sedar diri.sekarang musim demam org ckp..so jaga2 la.banyakkan minum air yg penting.denggi gak dah merebak dengar cite.takut gak.kat serdang dah ade yg meninggal pasal denggi baru2 ni.sape2 yg dok kat area tu jaga2.k la,nak makan ubat+smbung tido.sakit kapla...

Wednesday, October 8, 2008

Salam Perkenalan


Assalamialaikum w.b.t.


Syukur kehadrat ilahi kerana dengan rahmat dan petunjuknya terbuka hati saya utk membuat blog ini. Memandangkan ramai kawan-kawan dah mempunyai blog masing-masing, teringin juga saya mempunyai satu blog sendiri seperti mereka.


Pertama sekali ingin saya perkenalkan diri serba sedikit. Nama cukuplah kawan-kawan panggil sebagai 'EMY'. Nama ni memang family panggil dari kecil-kecil dulu sampai sekarang. Insya Allah nnti dah ada ramai anak sedara berubah la kot nama panggilan ni. Tapi kawan-kawan boleh la still panggil saya emy sampai bila-bila pun. Kawan-kawan sekolah lama lak suka panggil nama penuh-->ROSAIMI. Tapi ada yg panggil SAIMI je. Tak kisah la mane-mane pun janji kalo panggil tu ade kena mgena kire ok la tu.


Lahir pada tahun harimau 1986..hari sabtu 02 haribulan berbintangkan Leo(singa pulak dah)bulan Ogos la tu. Umur kawan-kawan kire la sendiri yek. Tempat lahir di Felda Bukit Puchong, Triang, Pahang DM. Kire org Pahang la tapi parents dua-dua orang Kelantan.


Adik-beradik lak ade 12orang semuanya. 6 lelaki dan 6 perempuan. Saya anak ke-6. Tengah-tengah la kirenye.

Emm...cukup la dulu sampai sini.Tak larat nak menaip dah. Yang lain-lain akan saya update kemudian kalau ade permintaan.