Wednesday, October 8, 2008

Salam Perkenalan


Assalamialaikum w.b.t.


Syukur kehadrat ilahi kerana dengan rahmat dan petunjuknya terbuka hati saya utk membuat blog ini. Memandangkan ramai kawan-kawan dah mempunyai blog masing-masing, teringin juga saya mempunyai satu blog sendiri seperti mereka.


Pertama sekali ingin saya perkenalkan diri serba sedikit. Nama cukuplah kawan-kawan panggil sebagai 'EMY'. Nama ni memang family panggil dari kecil-kecil dulu sampai sekarang. Insya Allah nnti dah ada ramai anak sedara berubah la kot nama panggilan ni. Tapi kawan-kawan boleh la still panggil saya emy sampai bila-bila pun. Kawan-kawan sekolah lama lak suka panggil nama penuh-->ROSAIMI. Tapi ada yg panggil SAIMI je. Tak kisah la mane-mane pun janji kalo panggil tu ade kena mgena kire ok la tu.


Lahir pada tahun harimau 1986..hari sabtu 02 haribulan berbintangkan Leo(singa pulak dah)bulan Ogos la tu. Umur kawan-kawan kire la sendiri yek. Tempat lahir di Felda Bukit Puchong, Triang, Pahang DM. Kire org Pahang la tapi parents dua-dua orang Kelantan.


Adik-beradik lak ade 12orang semuanya. 6 lelaki dan 6 perempuan. Saya anak ke-6. Tengah-tengah la kirenye.

Emm...cukup la dulu sampai sini.Tak larat nak menaip dah. Yang lain-lain akan saya update kemudian kalau ade permintaan.

No comments: